Juruterbang paling tua

CALIFORNIA: Pada usia mencecah 99 tahun, warga emas dari Riverside ini menempa nama dalam rekod sebagai individu paling tua masih aktif sebagai juruterbang dan instruktor penerbangan.

Robina Asti mengajar sesi terakhir kelasnya pada Ahad lalu untuk NextGen Flight Academy di lapangan terbang perbandaran Riverside.

Katanya, dia hanya mahu menunjukkan bahawa juruterbang warga emas masih kuat, penting dan boleh menyumbang kepada masyarakat.

“Saya suka buat orang merasa bagaimana perasaannya berada di atas bumi. Ia sangat bagus,” katanya seperti disiar ABC7.

Dalam rakaman itu, Robina memandu pesawat dengan membawa pelajarnya, Brandon Martini yang melayakkannya meraih gelaran juruterbang tertua dunia.

Martini (kiri) dan Robina ketika bersiaran di ABC7. FOTO ABC7
Martini (kiri) dan Robina ketika bersiaran di ABC7. FOTO ABC7

Rekod terdahulu dipegang lelaki Iowa yang menerbangkan pesawat pada usia 98 tahun.

Robina banyak berjasa dengan mengajar ramai orang mengenai cara betul menerbangkan pesawat.

“Dia ajar saya sesuatu yang saya tidak pelajari dengan betul selama lebih 1,000 jam (penerbangan). Saya bertuah menikmati perspektif baharu daripada seseorang yang menerbangkan pesawat sangat lama,” katanya.

AFP

[VIDEO] “Saya Ulang Banyak Kali” Video TikTok Elizabeth Tan Bikin Ramai Lelaki Tak Keruan Menyakat Lizzy

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker