Ramlan Ibrahim letak jawatan ahli SPR

Share

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) hari ini mengumumkan peletakan jawatan Ramlan Ibrahim sebagai ahli suruhanjaya itu, berkuat kuasa semalam.

Dalam satu kenyataan ringkas, Unit Komunikasi Korporat SPR berkata Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberi perkenan peletakan jawatan Ramlan.

“SPR mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Seri Ramlan Ibrahim, atas segala sumbangan dan khidmat bakti beliau sebagai ahli SPR,” katanya.

Ramlan, 63, dilantik menjadi Ahli SPR pada Februari 2019 dan sepatutnya berkhidmat sehingga mencapai usia 66 tahun.

Ramlan merupakan bekas ketua setiausaha Kementerian Luar Negeri.

MK

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!