Muafakat Nasional mampu rampas kerusi bandar di Selangor

TANJONG KARANG – UMNO Selangor yakin kerjasama parti itu, Pas dan komponen Barisan Nasional (BN) mampu merampas semula beberapa kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan bandar di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar optimis kerusi bandar yang dimenangi PH sebelum ini mampu dirampas semula.

Katanya, kerjasama atas nama Muafakat Nasional di negeri itu juga mampu merampas beberapa kerusi yang didominasi PH sejak sekian lama.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata, Muafakat Nasional juga dapat menyelesaikan kira-kira 90 peratus agihan kerusi Parlimen dan DUN di negeri ini bagi menghadapi PRU15.

“Kami hanya memberi cadangan sahaja dan pada dasarnya telah bersetuju dalam agihan kerusi tersebut.
“Bagaimanapun, keputusan (agihan kerusi) ini belum peringkat akhir lagi kerana ia akan diputuskan di peringkat Pusat,” katanya.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker