Henti tuntut Sabah elak hubungan dua hala terjejas, Musa beritahu Filipina

Share

Musa Aman menggesa Filipina, termasuk menteri luarnya menghentikan tuntutan ke atas negeri itu demi kepentingan politik dalamannya yang akan menjejaskan hubungan dua hala.

Katanya, Sabah sebahagian daripada Malaysia dan ianya tidak boleh dipertikaikan mana-mana pihak.

Adun Sungai Sibuga itu berkata, Hakim Mahkamah Tinggi, Martin Idang dalam kes kerajaan Malaysia lawan Nurhina Kiram Fornan & Ors memutuskan Sabah ialah Malaysia dan negara lain tiada hak atau kuasa untuk mencampur tangan urusannya.

Beliau berkata, rakyat Sabah tidak mengiktiraf atau mengakui sebarang tuntutan Filipina ke atas negeri itu. FMT

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!