Upko pecat Adun sokong Musa rampas kerajaan Sabah

Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) memecat Naib Presidennya yang juga Adun Paginatan, Abidin Madingkir kerana menyokong bekas ketua menteri, Musa Aman untuk menjatuhkan kerajaan Sabah pimpinan Warisan.

Keputusan itu dibuat Majlis Tertinggi Upko dalam mesyuarat malam tadi.

Abidin antara Adun yang berpaling tadah dan menghadiri sidang media Musa kelmarin dan semalam.

Bagaimanapun, usaha Musa gagal selepas Ketua Menteri, Shafie Apdal menemui Yang di-Pertua Negeri, Juhar Mahiruddin yang bersetuju membubarkan Dewan Undangan Negeri untuk memberi laluan kepada pilihan raya kilat di negeri itu.



Dakwaan perubahan kerajaan negeri meningkat selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan di Putrajaya kepada Perikatan Nasional (PN) pada Februari lalu.

Keretakan pertama dalam kerajaan Sabah didedahkan bulan lalu apabila Adun Sugut, James Ratib dan Adun Kuala Penyu, Limus Jury meninggalkan Upko dan menyokong PN.

Upko kini berbaki 2 wakil rakyat, iaitu Adun Kadamaian, Ewon Benedick dan Adun dilantik yang juga Presidennya, Wilfred Madius Tangau. FMT



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker