Tidak tahan adik dirogol, ibu didera, remaja tikam bapa tiri

Tidak tahan melihat adik perempuannya dijadikan pemuas nafsu bapa tiri, seorang remaja bertindak menikam lelaki itu sehingga mati di Musirawas, Selatan Sumatera.

Kompas melaporkan, dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang Khamis, suspek bertindak menikam dada mangsa menggunakan senjata tajam beberapa kali sehingga mati sebelum melarikan diri.

Bagaimanapun, suspek lelaki berusia 18 tahun itu tampil menyerah diri di Balai Polis Muara Lakitan, Musirawas, tidak lama kemudian.

Difahamkan, suspek turut berang kerana mangsa dikatakan kerap mendera ibu mereka.

Berdasarkan keterangan, suspek memberitahu, kejadian dipercayai berlaku ketika dia menemani ibu ke balai polis untuk membuat laporan mengenai keganasan bapa tirinya itu.

Bagaimanapun, kereta mereka kemudian dihalang oleh mangsa menyebabkan suspek tidak dapat mengawal kemarahan dan bertindak menikam dada serta kaki lelaki itu.

Polis turut merampas pisau yang digunakan suspek dalam kejadian berkenaan sebagai bahan bukti. Awani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker