Sebagai Tanda Terima Kasih, Shuib Mahu Taja Dr Noor Hisham Melancong Dalam Negara

Share

Kita masih belum menang walaupun kes penularan wabak COVID-19 di negara kita kelihatan sudah terkawal. Pastinya jasa petugas barisan hadapan kita tidak dapat dilupakan sampai bila-bila.

Menerusi laporan Harian Metro, Shuib Sepahtu telah tawarkan kepada Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah untuk menaja beliau sebuah percutian dalam negara.

Tawaran tersebut dibuat secara spontan oleh Shuib ketika sesi dialog bersama media dalam menangani wabak pandemik COVID-19 hari ini. Difahamkan, Shuib ingin tawarkan penjaan itu sebagai tanda terima kasih kepada Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang memimpin barisan hadapan untuk mengawal penularan wabak pandemik COVID-19.


Walau bagaimanapun, Dr Noor Hisham memberitahu bahawa dirinya lebih selesa untuk berehat di rumah selepas penat bekerja. Malah, beliau lebih pilih untuk menghabiskan masa di rumah daripada pergi berjalan sana ke mari.

Tambahnya, bukan sahaja beliau penat tetapi semua barisan hadapan berasa penat kerana sudah bekerja tujuh bulan tanpa henti bagi membendung penularan wabak. Akan tetapi, peningkatan kes baharu kini membuatkan pihaknya bimbang dan perlukan pasukannya bekerja keras semula. Vocket

Leave a Reply