Musa Aman tunjuk bukti ada sokongan Adun

Musa Aman telah menyiarkan foto di Facebook sebagai bukti bahawa beliau mempunyai jumlah Adun yang diperlukan untuk membentuk kerajaan negeri.

Foto itu menunjukkan Musa dan para Adun Sabah, memegang kertas bercetak nombor 1 hingga 33.

Musa sekali lagi menegaskan Yang di-Pertua Negeri Sabah Juhar Mahiruddin mempunyai tugas perlembagaan untuk mempertimbangkan cubaannya untuk membentuk kerajaan negeri.

“Tetapi, sekiranya benar Dewan Undangan Negeri telahpun dibubarkan, saya dengan sucihati mengatakan bahawa kami akan melawan pilihan raya yang akan datang untuk memberi rakyat negeri Sabah satu kerajaan baru yang stabil dan memperjuangkan kepentingan kesemua rakyat negeri ini,” katanya. Mkini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker