Ahmad Danniel nekad peluk Islam walaupun berdepan pelbagai ujian

 

[LAPORAN KHAS] SHAH ALAM – Sejak menerima hidayah dan memeluk Islam pada 15 Jun 2016, Ahmad Danniel Al-Hafiz Aduka tidak lagi menoleh ke belakang dan kini bergerak aktif dalam aktiviti dakwah.

Pemuda berusia 28 tahun dari Sarawak itu nekad kembali kepada fitrah iaitu memeluk Islam setelah terjadi satu peristiwa yang begitu sukar untuk dilupakan dalam hidupnya.

“Perjalanan hijrah saya dihadapkan dengan begitu banyak dugaan dan pengorbanan terutama ketika mula-mula memeluk Islam, namun itu semua tidak mematahkan iman dan semangat saya,” ujarnya yang mendapat pendidikan dan bimbingan agama di Kompleks Darul Hidayah dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Wilayah.

Menurut pemuda berkelulusan daripada Universiti Malaya itu, dia amat berterima kasih kepada pihak Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) dan Perkim kerana banyak mendidiknya dalam mengenal Allah dan al-Quran.

“Selain itu, saya juga mendapat bimbingan mengenal alif ba ta di Kompleks Darul Hidayah. Pada mulanya terasa amat sukar, namun saya kuatkan semangat untuk belajar kerana itulah satu-satunya jalan untuk saya mengenal ALLAH.

“Di situ juga saya mendapat tunjuk ajar dalam berpidato hingga memenangi pertandingan syarahan agama peringkat kebangsaan di Sarawak pada tahun 2017,” kata Ahmad Danniel yang berpeluang menunaikan umrah pada tahun 2019.

“Ketika mengerjakan umrah, saya berkesempatan melawat makam nabi, pergi ke muzium, memanjat Gua Hira dan sebagainya.

“Sekembalinya daripada umrah, saya menjalankan aktiviti dakwah bersama rakan-rakan dengan bimbingan Ustaz Amran Anbarasu Abdullah yang merupakan pegawai dakwah Perkim merangkap Pengerusi Pertubuhan Mualaf Malaysia,” katanya.

Bakal bergelar bapa Disember nanti hasil perkongsian hidup dengan Nur Syafiqah Liyana Sabeli, Ahmad Danniel turut berkongsi pengalaman menyambut Hari Raya Aidiladha dan menyertai aktiviti korban.

Menurutnya, kali pertama beliau mula mengenal ibadah korban secara mendalam adalah pada tahun 2018 menerusi program dianjurkan Perkim.

“Pelbagai ilmu saya peroleh, di situlah saya mula belajar cara sembelihan yang betul,” katanya

AFIFAH NASIR SAMBUT BIRTHDAY BERSAMA KEKASIH HANDSOME – NETIZEN PERTIKAI MINUMAN ‘CHAMPAGNE’?

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker