(Video) Dua Lelaki Gagal Ragut, Warga Emas Bertindak Hayun Helmet & Kejar

Share

Baru-baru ini, satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapat perhatian menunjukkan seorang warga emas melawan peragut yang cuba mencuri telefon bimbit di depan rumahnya.

Menurut laporan Daily Mail, kejadian ini telah berlaku pada hari Ahad lalu di Colombia yang menunjukkan dua suspek menaiki motosikal dan berhenti di depan mangsa yang sedang berehat di atas kerusi sambil melayari telefonnya.

Walaubagaimanapun, tindakan salah seorang suspek itu gagal kerana warga emas tersebut bertindak balas dengan merampas topi keledar yang dipakaikan oleh suspek lalu menghayunkannya sehingga suspek melarikan diri.

Sumber Oh Media

Leave a Reply