Pemuda PH buat laporan polis terhadap MP UMNO

Laporan polis terhadap ahli Parlimen tak ikut SOP Covid-19

Pemuda Pakatan Harapan (PH) Wilayah Persekutuan hari ini membuat laporan polis mengenai ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 oleh beberapa ahli Parlimen yang hadir ke mahkamah untuk memberi sokongan kepada bekas perdana menteri Najib Razak semalam.

Ketua Pemuda PKR Wilayah Persekutuan P Prabakaran berkata, pihaknya percaya ahli Parlimen terbabit melanggar Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit

Katanya, ahli Parlimen termasuk Ahmad Maslan (Pontian), Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan dan Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki, tidak bertanggungjawab dan tidak memberi contoh yang baik kepada rakyat dengan menghadiri perhimpunan besar di tengah-tengah pandemik Covid-19.

“Najib boleh memasuki perkarangan mahkamah dengan kereta dan tidak perlu bersalaman dengan penyokongnya,” kata Prabakaran selepas membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Sentul.

Dia ditemani Ketua Pemuda Amanah Wilayah Persekutuan, Asmaaliff Abdul Adam dan Ketua Pemuda DAP Wilayah Persekutuan, Lee Bing Hong. FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker