Mukhriz sangkal dakwaan hakim perbicaraan Najib ahli keluarganya

Mukhriz Mahathir menyangkal dakwaan yang tersebar di media sosial mendakwa hakim perbicaraan kes Najib Razak mempunyai hubungan kekeluargaan dengan bapanya, Dr Mahathir Mohamad.

Mengatakan ia langsung tidak berasas, Mukhriz mengingatkan jangan membuat tuduhan bukan-bukan.

“Peguam negara patut siasat tohmahan ini kerana jelas menghina institusi kehakiman,” katanya di Twitter.

Dakwaan itu mengatakan hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali mempunyai hubungan dengan Mahathir menerusi isterinya, Dr Siti Hasmah Ali. FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker