Ada ‘petunjuk kuat’ Jho Low di Macau, kata KPN

Polis mengesyaki Low Taek Jho bersembunyi di Macau, di sebalik usaha membawa pulang ahli perniagaan dikehendaki itu untuk dibawa ke muka pengadilan atas peranannya berkaitan 1MDB.

“Ada petunjuk kuat yang dia ada di sana,” kata Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador melalui SMS kepada Bloomberg.

Hamid pada Februari berkata pihaknya mendapat maklumat yang Low berada di Wuhan.

Semalam, Mahkamah Tinggi menyatakan Low memainkan peranan penting dalam pemindahan dana RM42 juta daripada bekas unit 1MDB ke akaun bekas perdana menteri Najib Razak.

Najib didapati bersalah atas 7 tuduhan dalam perbicaraan itu dan berdepan hukuman 12 tahun penjara, serta denda RM210 juta. FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker