Najib Razak kekal tenang, tiada langsung hasutan turun dijalanan

Ramai kecewa dengan keputusan yang diboleh oleh Mahkamah Tinggi hari ini, walau bagaimanapun berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul. Benarlah bahawa Allah menguji hambanya dengan ujian yang berat tetapi sesuai dengan kadar Imannya.. Hanya insan yang terpilih sahaja menerima ujian seperti ini.

Walaupun dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta Najib Razak kekal tenang malah berani melafazkan sumpah laknat di dalam mahkamah yang beliau tidak bersalah diatas pertuduhan yang dikenakan terhadap beliau.

Malah lebih mengagumkan tiada langsung seruan kepada penyokong –  penyokong beliau supaya berarak dijalanan atau membuat perkara – perkara yang menyalahi undang – undang hanya semata – mata untuk mengzahirkan protes beliau terhadap keputusan hari ini.

Kita berharap agar Dato Seri Najib Razak diberikan kekuatan iman dan kesabaran yang tinggi atas segala ujian ini.

Hanya kepada Allah tempat kita bergantung dan berserah..

LAWAN tatap LAWAN

Yeop Karai

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker