MUHYIDDIN TERSENYUM LEBAR

oleh Dr Puad Zarkashi

Hari ini orang yang tersenyum puas apabila Najib dihukum bersalah ialah Muhyiddin bukan Mahathir.

Muhyiddin pasti berbangga kerana walaupun Najib menanda tangani akuan bersumpah menyokong dia sebagai PM ke 8 tetapi dia tidak boleh dibeli dengan sokongan itu.

Muhyiddin akan mendakwa dia orang paling berprinsip. Sebab itu Zahid juga tercicir dari senarai Menteri, walaupun wajar dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.



Dia bangga kerana kerajaan PN adalah kerajaan bermoral tinggi.

Tetapi Azmin yang terpalit dengan skandal video semburit dan tidak berparti boleh pula jadi Menteri paling kanan.

Alasannya dia belum didakwa. Sama juga dengan Zahid Md Arif yang terkenal dengan gelaran “broker maut”. Dia juga belum dituduh. Sebab itu dilantik sebagai Senator.

Nampaknya isu moral hanya terpakai pada pemimpin UMNO. Ia tidak terpakai kepada pemimpin parti lain terutamanya PPBM.



Apa pun Najib juga tidak pernah meminta supaya kes beliau digugurkan.

Najib pasti maklum kenapa itu berlaku kepadanya. Ada yang tersirat iaitu dendam kesumat.

Related Articles

3 Comments

  1. Sudah2lah puad zarkasi. Kau hanya jadi liabiliti dlm umno. Masa kau jd timb.menteri pendidikan dulu brp ramai golongan guru yg x suka kt kau. Merapu aja lbh. Cuba kau fikir apa jasa kau kpd golongan guru? Yelek. Lbh baik kau berambus dari politik. Klu kau jd calon bn masa pru 15 nnti dah confirm kau akn klh. Rugi satu kerusi bn. Klu nk selamat BN kena letak calon lain di batu pahat. Puad zarkasi dh x berguna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker