Lokman dakwa Kj baka tak kenang budi, ambil ‘barang’ banyak sangat

Kuala Lumpur – Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam membidas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin yang disifatkan sebagai manusia yang tidak mengenang budi.

Presiden Laskar Siber Malaysia itu melalui laman Facebook sebentar tadi berkata bekas ketua pemuda UMNO itu seharusnya menunjukan sikap simpati terhadap apa yang menimpa Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

“Yelah bro, masa bapa mertua kau PM dari Naik Satria Neo kau jadi kaya raya, tak kena dakwa bolehlah kau kata move on. Kau amik barang sampai sekarang pun tak kantoi, bolehlah kau kata suruh move on.



“Walaupun kau ni manusia tak kenang budi, tapi cubalah ada simpati sikit sesama manusia, paling kurang ingat sikit, salah satu punca Mahathir membenci boss lama (Najib) kau ni ialah sebab angkat musuh politik anak dia, iaitu kau! jadi Menteri.

Lokman turut mendakwa UMNO ketika ini dipenuhi dengan para pemimpin yang tidak mengenang budi.

“Bilalah kau ni nak berubah, slow down bro. Jangan amik ‘barang’ banyak sangat. Semua baka baik dalam UMNO dah dibunuh dan bakal dibunuh.

“Tinggal baka tak kenang budi macam ini je korang boleh angkat jadi Presiden UMNO. Korang nak ke Insan Budiman Oxford ni jadi Presiden UMNO? soalnya pula.



Terdahulu Khairy menggesa parti itu melakukan proses rejuvenasi, susulan sabitan bersalah ke atas bekas presidennya, Najib Razak atas 7 pertuduhan membabitkan RM42 juta dana SRC International.

Khairy melalui satu kenyataan di blognya turut berharap agar UMNO tidak diheret sekali dalam kes membabitkan Najib yang dijatuhkan hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta.

“Walaupun beliau masih ada ruang merayu, ini adalah suatu keputusan yang memberi kesan besar kepada Umno. Saya yakin ahli-ahli Umno akan terus setia kepada parti melebihi kesetiaan kita kepada mana-mana individu di dalam parti.

“Tibalah masa untuk kita bina semula parti keramat Umno ini dan untuk kita melihat suatu peralihan generasi kepimpinan yang bakal membawa parti ke era baru,” katanya.



Suara.TV

[VIDEO] Eyka Farhana Kongsi Foto ‘Belanja Lurah Dendam’, Netizen Doakan Berubah Perlahan-Lahan



 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker