Keputusan mahkamah Najib, ini yang perlu rakyat Malaysia tahu

Share

Hari ini jam 10 pagi adalah hari yang penting untuk DS Najib Razak kerana keputusan samada beliau didapati bersalah atau tidak dalam kes SRC International akan diketahui.

Disamping datang memberi sokongan di mahkamah atau mengikuti kes dari rumah, mari kita imbas kembali hujah penting oleh pasukan pembelaan yang diketuai oleh TS Shafee dalam hujah penggulungan beliau:

1. TS Shafee menegaskan bahawa anak guamnya adalah mangsa penipuan (victim of scam) Jho Low, rakan subahatnya di dalam bank dan juga pengurusan tertinggi SRC.


2. Jelas DS Najib ditunjukkan keadaan yang tidak tepat (misrepresntation) oleh BOD SRC mengenai operasi syarikat dan juga pihak Ambank mengenai akaun beliau.

3. Logiknya, jika tidak dimaklumkan oleh bank, bagaimana DSN tahu jumlah sebenar di dalam akaun beliau? Untuk pengetahuan, akaun tersebut adalah untuk tujuan CSR.

4. Mengapa Najib perlu bersusah payah membantu mendapatkan pinjaman RM4 billion dari KWAP untuk SRC, dan kemudian mendapat habuan daripada jumlah itu iaitu RM42 juta hanya setelah 3 tahun setengah kemudian.


5. Adalah tidak logik dalam sesebuah kes rasuah, RM4 billion dihantar ke luar negara, kemudian DS Najib Razak meminta membawa kembali RM42  juta dan dimasukkan kedalam akaun peribadinya.

6. Didalam kes rasuah, mestilah pelaku mempunyai personal benefit atau interest, tetapi pendakwaraya tidak dapat membuktikan Najib mempunyai personal interest dalam kes ini.

7. Pasukan pendakwaan turut gagal membuktikan bahawa Najib mengarahkan duit RM42 juta dimasukkan ke dalam akaunnya.


8. Pasukan pendakwaan juga tidak dapat membuktikan bahawa Najib mempengaruhi jemaah kabinet untuk meluluskan pinjaman jaminan keraajan dari KWAP berjumlah RM4 billion kepada SRC.

9. Tiada siapa dapat mengesahkan siapa yang mengarahkan agar wang dari Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd di masukkan ke dalam akaun DS Najib.

10. Joanna Yu juga dalam kenyataan saksinya berkata beliau juga percaya yang Jho Low tidak berhubung dengan Najib mengenai urusan akaun beliau dan Jho Low bermatian matian tidak mahu akaun itu ditutup walaupun diminta oleh pihak bank seperti kenyataan Joanna kepada Harvinder Singh pada 5 Ogos 2019.

Harvinderjit: Adakah kamu bersetuju jika semasa kamu berurusan dengan Jho Low, kamu mempunyai perasaan syak yang kuat bahawa beliau (Jho Low) tidak berkomunikasi dengan pemegang akaun (Najib), kamu akan memaklumkannya kepada bank.

Yu: Saya akan memaklumkannya kepada (bekas pengarah urusan kumpulan Ambank Group) Cheah Tek Kuang.

Harvinderjit: Dan kamu akan menjadi amat, amat keberatan untuk berurusan dengan Jho Low bagi perkara yang berkait dengan akaun (akaun Najib) itu?

Yu: Ya.

Sebagai kesimpulan, TS Shafee pernah berhujah didalam mahkamah menggunakan penghakiman Tun Mohamed Suffian Mohamed Hashim yang berbunyi;

“Jika anda terima atau mempercayai penjelasan tertuduh, bebaskan beliau. Jika anda tidak menerima atau mempercayai penjelasan tertuduh tetapi tetap menimbulkan keraguan munasabah mengenai kesalahannya, mohon bebaskan beliau.”

Jadi, jika tanya pada saya apakah keputusan pagi ini memihak kepada Najib atau tidak, saya katakan marilah perbanyakkan doa dan “prepare for the worst.”

RF Lias

Leave a Reply