Lelaki melecur gas memasak meletup

KUCHING: Seorang lelaki melecur di bahagian muka dan badan selepas tong gas tiba-tiba meletup di rumahnya di Jalan Matang, di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar jam 10.29 pagi sebelum mengerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya ke lokasi.

“Komander operasi melaporkan berlaku letupan gas memasak di dapur rumah kediaman, dan bukan kebakaran seperti yang dilaporkan.

“Letupan itu tidak melibatkan struktur bangunan tetapi terdapat mangsa, 32, yang tercedera akibat letupan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, mangsa melecur 60 peratus bahagian badan dari muka hingga ke pinggang.

Tambahnya, mangsa diberi rawatan awal oleh anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Bomba sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. UB

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker