PBB kecam tiada wanita dalam kerajaan Taliban

GENEVA , Switzerland – Ketua hak asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini mengkritik kerajaan sementara Taliban di Afghanistan kerana terdiri daripada  anggota-anggota yang setia kepada kumpulan tersebut dan tanpa penglibatan wanita.

Bercakap di hadapan Majlis Hak Asasi Manusia PBB di Geneva, Michelle Bachelet berkata, beliau kecewa kerana Kabinet interim Taliban   hanya dianggotai segelintir pemimpin bukan etnik  Pashtun dan langsung tiada wanita.

Pengumuman pembentukan kerajaan pada minggu lalu itu merupakan langkah utama Taliban dalam mengukuhkan kuasanya di Afghanistan susulan kemenangan besar yang menyaksikan mereka menumbangkan pentadbiran disokong Amerika Syarikat pada 15 Ogos lalu.

Terkenal kerana pemerintahan keras dan menindas dari tahun 1996 hingga 2001, kumpulan Taliban berjanji akan membentuk sebuah kerajaan lebih eksklusif kali ini.

Bagaimanapun, semua jawatan utama diserah kepada pemimpin kanan Taliban dan rangkaian Haqqani yang merupakan kumpulan serpihan Taliban paling ganas.

Membentangkan situasi terbaharu hak asasi di Afghanistan kepada majlis tersebut, Bachelet berkata, kebanyakan penduduk negara itu mahu melihat konflik dan perpecahan yang telah berlanjutan selama beberapa dekad berakhir.

“Mereka mengimpikan keamanan dan kestabilan di sebuah negara di mana mereka dan anak cucu mereka boleh mengecapi  kemakmuran,” katanya

Kebanyakan rakyat Afghanistan, katanya, mahu tinggal di sebuah negara di mana mereka boleh menyumbang kepada sistem pentadbiran yang menggalakkan penyertaan wanita serta belia di samping merapatkan hubungan antara etnik serta masyarakat. – AFP

PBB kecam tiada wanita dalam kerajaan Taliban


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker