KPT mahu perkasakan program pengajian di IPT Sabah

Ketika menyampaikan ucapan Titah Diraja Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat Mei lalu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mahu kerajaan terus menggiatkan usaha dan inisiatif bagi merapatkan jurang pembangunan dan ekonomi antara negeri dan wilayah.

Seri Paduka Baginda bertitah kerajaan harus mengambil langkah menerusi pelaksanaan projek-projek infrastruktur kritikal di kedua-dua negeri ini bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat dan merapatkan jurang pembangunan di Sabah dan Sarawak.

Dalam hal ini, Institut Pengajian Tinggi di Sabah mempunyai tanggungjawab untuk bersama-sama membangunkan Negeri Di Bawah Bayu terutamanya dalam bidang pelancongan dan juga agrikultur.

Selain daripada itu, bidang-bidang lain seperti kreatif industri, sains komputer, sains marin, perakaunan, insurans dan kewangan juga perlu bagi melengkapi dua bidang tersebut.



Perkara ini antara yang dibincangkan dalam pertemuan Menteri Pengajian Tinggi Dato Dr Noraini Ahmad dengan pengurusan tertinggi UiTM Cawangan Sabah semalam.

Penambahan program-program pengajian dan kapasiti pelajar dilihat satu keperluan bagi memenuhi matlamat tersebut.

Penambahan kapasiti pelajar juga dapat memberi lebih banyak peluang anak-anak pelajar Sabah untuk melanjutkan pengajian tanpa perlu “terbang” ke Semenanjung. Ia sekaligus dapat membantu mengurangkan kos pelajar terutamanya dari keluarga B40.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker