Pemain kelab Kuching FA disah positif Covid-19

Seorang pemain kelab bola sepak Kuching FA disahkan positif Covid-19.

Menurut kenyataan di laman Facebook rasmi kelab itu hari ini, pemain berkenaan juga merupakan kakitangan Hospital Sentosa dan diklasifikasikan dari kluster Sentosa.

“Pihak kami sentiasa menekankan kepada kepatuhan dengan setiap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak kerajaan dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dalam aktiviti latihan harian kami.

“Justeru, kesemua aktiviti latihan kami diberhentikan sementara waktu selaras dengan panduan dan arahan daripada pihak berkuasa demi keselamatan pemain dan masyarakat,” menurut kenyataan itu.

Kuching FA merupakan naib juara bagi saingan Liga M3 pada 2018 dan kini beraksi dalam saingan Liga Premier 2020.
FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker