‘Nama saya Nabilah bukan ‘Babilah’…

“Saya tidak marah tetapi saya berharap perkara sedemikian tidak akan berulang lagi. Pihak berkenaan perlu memeriksa berulang kali sebelum mengirim surat kepada pelanggan,” kata Nabilah Shani, 26, merujuk kepada kesilapan ejaan namanya pada sepucuk surat.

Nabilah berkata, surat berkenaan diterima daripada sebuah bank beberapa hari lalu dan terkejut melihat nama sebenarnya bertukar kepada nama ‘Babilah Shani’.

Bagaimanapun, ibu kepada dua anak itu tidak mudah melatah sebaliknya mengakui terhibur melihat kesilapan ejaan pada namanya yang pertama kali berlaku.

“Pertama kali baca surat itu memang terkejut, saya baca banyak kali, ‘babilah, babilah?? terus saya sendiri pun gelak kerana nama sebenar saya Nabilah.

“Tapi bila berfikir secara rasional, saya anggap ia adalah kesilapan teknikal yang dilakukan oleh pihak bank. Mungkin huruf ‘B’ dan ‘N’ berdekatan pada ‘keyboard’. Jadi saya tak ambil serius perkara ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Kata surirumah ini, setelah melihat kesilapan ejaan itu, dia memuat naik di Facebook miliknya serta ‘tag’ Facebook bank tersebut. Sinar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker