Cara PN selesai isu rebut kerusi PRU15

SHAH ALAM – Pembahagian kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kalangan parti di bawah Perikatan Nasional (PN) diramalkan dibuat berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Penganalisis politik daripada Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, parti yang menerima jumlah pengundi tertinggi pada PRU14 dijangka kekal bertanding di kerusi berkenaan untuk PRU15.

Menurutnya, PN berkemungkinan menggunakan mekanisme itu sebagai penyelesaian pembahagian kerusi di antara UMNO, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) serta parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN).“Pembahagian kerusi Parlimen dan DUN berpihak kepada parti mana yang dominan pada PRU14.



“UMNO akan dapat lebih kerusi berbanding Pas, manakala Bersatu yang paling sedikit mesti meminta beberapa pengecualian untuk beberapa kerusi,” ujarnya kepada Sinar Harian di sini semalam.Mengulas lanjut, beliau berkata, Pas dilihat memberi perhatian terhadap penguasaan kerusi DUN membabitkan Terengganu, Kelantan dan Kedah.

Negeri-negeri lain pula, katanya, akan dikuasai kecuali Sarawak yang berpihak kepada Parti Gabungan Sarawak (GPS).

“Bagaimanapun, saya kira Pas akan mempertahankan kerusi Parlimen yang dimenangi mereka di Kelantan dan Terengganu.

“Kaedah pembahagian itu nampak realistik meskipun sudah pasti setiap parti ingin mempunyai kerusi lebih,” katanya.



Beliau turut berpandangan bahawa sebahagian kerusi yang diperuntukkan untuk MCA pada PRU14 perlu diberikan kepada Bersatu.

Beliau berkata, MCA gagal meningkatkan sokongan pengundi Cina sebaliknya lebih bergantung kepada pengundi Melayu.

“Dalam konteks itu, MCA kena realistik pada fakta dan sejarah. Apa guna bertanding banyak tapi kalah?” ujarnya.

Sementara itu, berhubung penggunaan logo baharu mewakili PN untuk PRU15, Awang berpandangan, UMNO tidak akan bersetuju.



“UMNO akan berkeras guna logo BN sebab apabila mereka bangkit, logo itu sudah mula diterima rakyat walaupun belum sepenuhnya,” kata Awang Azman.

SH

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker