‘3 bulan boleh jadi jutawan…gila ke apa?

Datuk Lee Chong Wei menafikan dirinya terbabit dengan pelaburan ajaib yang boleh menjadikan seseorang jutawan dalam tempoh tiga bulan.

Bekas jaguh badminton negara itu, berkata berita yang tersebar dengan mengaitkan namanya itu adalah palsu.

“Baru baru ini, saya mendapat khabar angin yang saya mengelolakan pelaburan ajaib yang boleh menjadikan seseorang jutawan dalam masa 3 bulan.

“Gila ke apa!? Saya mengambil peluang ini untuk memberitahu bahawa berita ini adalah palsu,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada akaun Facebook miliknya.

Pemenang pingat perak Olimpik tiga kali itu turut mengecam pihak yang tidak bertanggungjawab berkenaan dan mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan tipu helah untuk cepat menjadi kaya.

“Waktu macam inilah mesti ada pihak yang ambil kesempatan. Jangan diperdaya dan ditipu dengan ‘secret’ (rahsia) jadi kaya yg semakin banyak keluar di internet dan telefon pintar.

“Nak kaya, kenalah rajin, kenalah bijak. Melabur dalam diri sendiri, belajar kemahiran dan ilmu baru, biar Power. Asalkan ada yg sanggup bayar untuk kemahiran anda, selamatlah itu!. Kata kuncinya adalah ‘power’.

“Semuanya susah waktu baru mula, sebab belum pandai. Kalau tiap-tiap hari buat, semakin mudah jadinya, sebab semakin pandai.

“Teruskan usaha, jadilah Power Ranger! Itulah rahsia dia!

“Tiada jalan pintas untuk berjaya kawan-kawan terutamanya dalam kemerosotan ekonomi ini, jangan mudah dibuat kata-kata manis yang tidak munasabah.

“Kepada yang ambil kesempatan menipu duit orang awam, janganlah…jangan suatu hari nanti anak cucu anda yang menjadi mangsa di atas kedurjanaan anda,” katanya. BH

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker