Usul Tun M cabar pelantikan Speaker akan ditolak mahkamah

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi dijangka mengetepikan usul permohonan saman bagi mencabar pelantikan Datuk Azhar Azizan Harun dan Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat sewaktu persidangan Parlimen pada 13 Julai lalu.

Pakar undang-undang daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, permohonan saman pemula dikemukakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama empat lagi ahli Parlimen itu dilihat tidak kukuh berasaskan hujah yang termaktub dalam Perkara 63 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Nik Ahmad Kamal

Menurutnya, berdasarkan Perkara 63 (1) Perlembagaan Persekutuan, kesahan apa-apa prosiding di dalam mana-mana jawatankuasanya tidak boleh dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah.

“Isu yang ditimbulkan (plaintif) dilihat mempunyai elemen-elemen politik di dalamnya dengan mahkamah akan mengelak daripada membincangkan isu-isu politik kecuali ada peruntukan undang-undang ditimbulkan oleh sesuatu pihak.

Mohammad Tawfik Yaakub

“Namun, mahkamah pada pandangan saya akan menolak isu-isu yang berkaitan dengan prosiding dalam Parlimen kerana ia adalah bidang kuasa Parlimen dengan berasaskan Perkara 63 Perlembagaan Persekutuan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Dr Mahathir bersama empat ahli Parlimen mengemukakan saman pemula di mahkamah bagi mencabar pelantikan Azhar dan Azalina sebagai Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

SH

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker