PROJEK RTS: PN BUAT UNTUK RAKYAT, PH SIBUK MAIN POLITIK

oleh Lau Chin Kok

Projek Sistem Rapid Transit (RTS) Johor Bahru-Singapura yang dijangka beroperasi pada hujung tahun 2026 bakal memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

Majlis pemeteraian tiga perjanjian iaitu Perjanjian Bilateral, Perjanjian Konsesi dan Perjanjian Usahasama JV OpCo yang akan diadakan pada 30 Julai ini di Tambak Johor. Majlis yang bakal disaksikan oleh PM Malaysia dan Singapura ini jelas membuktikan komitmen Datuk Seri Dr Ir Wee Ka Siong sebagai Menteri Pengangkutan.

https://www.sinarharian.com.my/…/Malaysia-Singapura-muktama…



Jelas, setelah menerajui MOT dalam tempoh empat bulan, Ka Siong telah membawa projek ini ‘melangkah’ ke satu tahap sekaligus memberi berita baik buat kedua-dua negara. Ini pastinya berbeza ketika PH memerintah negara sebelum ini.

Bukan RTS saja, tapi banyak lagi projek infrarakyat yang memberi manfaat kepada rakyat dan negara dihentikan atau dilengah-lengahkan oleh PH atas alasan dendam politik.

Semasa memerintah negara, PH melalui menterinya, Anthony Loke Siew Fook hanya mampu memberikan jawapan ‘cliche’ iaitu kerajaan meneliti semula perjanjian projek RTS ini.

http://www.astroawani.com/…/rts-lanjutan-6-bulan-untuk-kaji…



Kali terakhir Anthony memberi reaksi mengenai projek ini adalah pada 10 Januari 2019 iaitu “Malaysia – Singapura komited untuk memuktamadkan perjanjian membabitkan projek RTS menjelang April 2020”.

https://www.bharian.com.my/…/malaysia-singapura-bakal-mukta…

Bukan itu sahaja, PH juga dilihat sengaja membuat persepsi mengenai kos projek tersebut dengan menyatakan semasa zaman BN kos yang dianggarkan MAHAL.

Tun Mahathir juga mengumumkan PH berjaya menurunkan harga projek tersebut kepada RM3.16 bilion (S$1.03 bilion) berbanding kos asal RM4.93 bilion, penjimatan sebanyak 36 peratus atau RM1.77 bilion.



https://www.freemalaysiatoday.com/…/projek-rts-link-diteru…/

Tapi, adakah PH tahu mengapa kos projek itu berubah?

Menurut Ka Siong, kos berubah seiring tempoh dan perubahan tertentu berhubung projek RTS ini. Kos tambahan akan menelan belanja sekurang-kurangnya RM500 juta, kerana perubahan spesifikasi termasuk memindahkan depot dari Singapura ke Wadihana, Johor. Bila depot ini dibina di Malaysia, maka sudah tentu ia membuka peluang pekerjaan dan memberi manfaat ekonomi kepada rakyat Malaysia.

[VIDEO] https://www.dailymotion.com/video/x7v4cww



Itu jawapannya. Ka Siong seorang pemimpin yang sangat praktikal. Beliau sanggup bekerja keras untuk memenuhi tanggungjawabnya. Jadi secara tidak langsung, projek yang bakal dijalankan ini bukti bahawa Ka Siong berjaya menjalankan peranannya dengan baik.

Projek RTS ini juga harus dilihat dari sudut yang positif. Ka Siong yakin projek ini mampu membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia sekaligus merancakkan lagi ekonomi negara yang terjejas akibat penularan COVID-19.

Itu bezanya PN dan PH. PN sentiasa mengambil langkah pantas dan tepat yang mampu memberi manfaat kepada rakyat. PH juga mengambil langkah tetapi langkah yang diambil sekadar “mengkaji semula, diteliti semula”….itu sahaja alasan yang sering digunakan ketika soalan diajukan di Dewan Rakyat.

#tolakdap
#tolakrasis
#bersamamca



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker