Pas anggap lucu, Amanah tetap sokong

SHAH ALAM – Pas menyifatkan permohonan mencabar pelantikan Datuk Azhar Azizan Harun dan Datuk Seri Azalina Othman sebagai Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dengan mengemukakan perkara itu ke mahkamah sebagai lucu dan tidak profesional.

Ketua Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, tindakan membawa suatu kes ke mahkamah adalah satu tindakan biasa.

“Cumanya dalam isu pelantikan di Parlimen ini, kalau dibawa oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, ia satu perkara yang dilihat masyarakat sebagai satu tindakan yang lucu dan tidak profesional.

“Ia seolah-olah menampakkan Dr Mahathir tidak berpuas hati. Hendak bertindak dengan cara lain tidak dapat, majoriti undi tidak dapat, jadi hendak lepas geram bawa perkara sedemikian ke mahkamah,” kata Ahli Parlimen Pasir Putih itu kepada Sinar Harian di sini semalam.

Sementara itu, Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Hasanuddin Mohd Yunus berkata, beliau menyokong tindakan yang dilakukan Dr Mahathir dan beberapa ahli Parlimen terbabit.

Ahli Parlimen Hulu Langat itu berkata, ahli Parlimen pembangkang telah membuat bantahan di Parlimen namun ditolak.

“Tiada sebab dan alasan yang diberikan melainkan semata-mata kerana ada calon baharu. Selepas usaha di Parlimen gagal, memang kami terpaksa akur apa terjadi.

“Sekiranya Dr Mahathir dan rakan-rakan ada jalan lain seperti melalui mahkamah, kami sedia menyokong usaha mulia ini,” katanya.

Cabaran Tugas Frontliner Teraba Mental & Fizikal, Gadis Tersalah ‘Pegang’ Ketika Buat Swab Test

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker