Kebodohan Kambing Hitam Mengembek Bagi Pihak Serigala

BODOHNYA Mujahid mengaku menjual aset-aset Tabung Haji tersebut sedangkan Menteri Kewangan sepatutnya bertanggungjawab sepenuhnya.

KONONNYA untuk membayar hutang.

Hutang apa yang dibayarnya jika Penyata Laporan 2018 dan 2019 pun tak berani dibentangkan di Parlimen?

Bukankah semua syarikat terbabit diletakkan di bawah kawal selia Syarikat Tujuan Khas (SPV) Urus Jamaah Sendirian Berhad (UJSB) atas alasan penstrukturan semula Tabung Haji?



Tanpa SOKONGAN Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, KELULUSAN Menteri Kewangan, Joseph Lim Guan Eng dan RESTU Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed, urusniaga bernilai puluhan billion ringgit tersebut tidak akan terjadi.

RESTU Perdana Menteri di sini bermaksud cadangan dan kelulusan Unit Perancang Ekonomi (EPU) di bawah Jabatan Perdana Menteri ATAU atas kehendak Mahathir sendiri, samada secara formal (bertulis) atau sebaliknya.

Itu sebab kerajaan Pakatan Harapan SANGAT PHOBIA untuk menubuhkan RCI Tabung Haji meski pun mereka mencanangkannya sepanjang kempen PRU14 dan memasukkan ke dalam Janji & Manifesto.

Lagi pun RCI Tabung Haji akan melibatkan banyak pihak berkepentingan dalam Pakatan Harapan, termasuklah Joseph Lim Guan Eng dan Mahathir Mohamed.



Ingat Mahathir kenyang ke setakat makan RM100 ke RM200 juta?

Tengok sajalah apa yang terjadi pada RM 82 billion duit Petronas sepanjang 22 bulan pentadbiran Pakatan Harapan.

Anggap sajalah Mujahid ini sebagai kambing hitam kepada serigala-serigala Joseph Lim Guan Eng dan Mahathir Mohamed apabila dia buat pengakuan menjual aset dan ladang Tabung Haji.

Dari laman FB : Zamzuri Mohamed Tahir



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker