Gelaran ikon kepada Pavithra tidak akan ditarik balik

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) tidak bercadang menarik balik pengiktirafan Ikon Bandaraya Ipoh yang diberikan kepada YouTuber masakan sensasi, S Pavithra Isnin lalu.

Pegawai Perhubungan Awam MBI, Mohd Syahrizal Azmi berkata, pihaknya maklum akan perkembangan terkini membabitkan wanita itu dan suaminya, M Sugu namun ia sama sekali tidak menjejaskan anugerah yang sudah diberikan.

“Tambahan pula pengiktirafan itu untuk Pavithra sendiri. Apa sahaja masalah atau konflik berkaitan perhubungan pasangan terbabit di luar kuasa dan campur tangan MBI,” katanya kepada Sinar Harian.

Artikel Berkaitan : Youtuber Masakan Sugu Pavithra Dicederakan, Suami Ditahan Polis

 

“Biru Muka Kau Lip’🤣🤣😂 Hos Yang Kena ‘GAME’ Balik Lepas Cuba Buat Ayda Jebat Prank Sis Sheila Rusly.

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker