“Dorang dah nak tunang why laki tu buat camni?” – Adik

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sekarang ni macam-macam jenis video yang ada di media sosial. Nak viralkan sesuatu benda pun bukan susah. Kecam mengecam pun macam dah jadi lumrah. Tapi pernah ke kita terfikir, apa kesannya pada orang? Lebih-lebih lagi bila dorang dikecam dan dimalukan sampai berjuta orang tengok.

Baru-baru ni, video Bros Gang yang terbaru telah tular di media sosial. Ada netizen yang marah, ada juga yang menyokong. Tapi bila difikirkan semula, kita ni semua manusia, kadang-kadang tak terlepas dari godaan dunia, lebih-lebih lagi bila asyik kena provoke.

Dalam perkembangan terkini Adik kepada wanita di dalam video tular itu telah tampil memberitahu keadaan kakaknya sekarang. Jom baca perkongsiannya…

“Dorang dah nak tunang but why laki tu kene buat camni”
Saya sedih, tak tahu nak buat apa sebab my family punya maruah dah jatuh. I’m not claiming ke apa tapi saya nak luah isi hati… Banyak DM masuk tak henti tanya saya. Dorang dah nak tunang but why laki tu kena buat camni?”

Adik lelaki wanita tersebut mengatakan yang dia nak orang tahu apa kesan yang berlaku ke atas kakaknya, selepas di prank oleh teman lelakinya sendiri.

Kakak saya nmpak murung je after this inci1dent. Dia seorang yang happy and susah nak nampak sedi1h. But now dia dah tak makan sangat dan tak bercakap dengan siapa-siapa. I never expect this but nasi dah jadi bubur…”

Tambah dia lagi, hubungan keluarganya dan pihak lelaki pun dah renggang akibat dari video tersebut.

“Kakak saya traumatized”
“Buat masa ni kakak saya travmatized. Kami cuba pujuk and yes kadang dia tak layan but kami tak putus asa.”

Dia ada kata yang dia meny3esal apa yang dia buat tapi kami sekeluarga dah nilai and rasa dia tak bersalah.”

Adik lelaki ini turut memberitahu yang dia dan keluarganya masih lagi berbincang dengan keluarga pihak lelaki dan mengatakan tujuan dia kongsikan perkara ini adalah untuk ubah perspektif netizen tentang apa yang berlaku dan ambil iktibar.

Mengenai pihak kakaknya dan Bros Gang pula, dia mengatakan yang ia telah pun diselesaikan tapi tak boleh nak komen lanjut mengenai perkara ini.

Kita harap gadis dalam video tu terus kuat serta diberikan kesihatan yang baik dan kebahagiaan di masa hadapan.

Berikut pula pengajaran berguna kita boleh ambil dari kes ini

Baik Menangis Dalam Rumah Banglo
“Hari ni baru aku dapat tahu kes prank viral di socmed ni. Pasal perempuan dikatakan curang kerana tawaran 20k tu. Benda simple yakmat. Cuma budak-budak jaman now ni acah-acah nak sweet dan romantik lebih kononnya.

Pertama, awek kau, pakwe kau tu tiada ikatan sah apa-apa pun lagi. So, mereka bebas memilih pasangan terbaik yang dirasakan sesuai untuk dijadikan pasangan suami isteri. Terakhir, dah dia pilih tawaran 20k. Terima je lah pilihan perempuan tu. Tak payah nak kondem dia kata curang ke, mata duitan ke apa.

Perghhh. Dua point je aku bagi hari ni. Pertama dan terakhir. Haha. Mungkin keputusan yang dia pertimbangkan itu dirasakan terbaik untuk masa depan dia. Seorang pasangan yang dah stabil ekonomi untuk menjaga dia sepanjang usia.

Tok sah sembang duit tak boleh beri bahagialah. Ni bukan novel cinta. Ni realiti kehidupan. Konon cinta sejati sanggup rentas lautan api la, sanggup berlapar dahaga bersama-sama lah, mati bersama-sama la. Realiti sebenar asbab kemiskinan paling banyak berlaku pergaduhan dan percera1ian.

Baik menangis dalam banglo 3 tingkat milik sendiri dari menangis dalam rumah sewa buruk yang tuan rumah sedang halau sebab tak bayar dah 5 bulan. Duit bukan segala-galanya. Namun segala-galanya memerlukan duit. Get it? Last sekali nak pesan, tok sah la dok tiru cara barat prank orang untuk memalukan gini. Sengaja merancang dan pancing orang untuk mengaibkan mereka begini adalah perangai tak bertamadun. Sekain. Terima kasut.”

sumber: MFS

‘Budaya Prank Boleh Jatuhkan Maruah & Air Muka’ – PU Amin, Da’i Wan Dazrin
Pendakwah bebas iaitu Pencetus Ummah (PU) Amin dan Da’i Wan Dazrin juga mempunyai pandangan sendiri susulan video pr4nk itu.

Prank yang ada unsur pen1ipuan
Menerusi Instagram PU Amin menjelaskan bahawa budaya prank tersebut dilarang dalam agama Islam, walaupun sekadar menarik orang untuk menontonnya. Tambah PU Amin, dia hanya menyampaikan pesanan dan terpulang kepada semua yang membaca untuk menerima dan menilainya sendiri.

Tak payah nak test-test
Sementara itu, Da’i Wan Dazrin menyifatkan tindakan individu yang melakukan ekperimentasi bagi menguji tahap kesetian pasangan masing-masing adalah tidak wajar.

Ini kerana ujian untuk menempuh ke sebuah ikatan perkahwinan itu sebenarnya sudah tersedia buat mereka daripada Allah, tanpa perlu ujian buatan manusia.

Sumber: PU Amin, Da’i Wan Dazrin

MB

“Biru Muka Kau Lip’🤣🤣😂 Hos Yang Kena ‘GAME’ Balik Lepas Cuba Buat Ayda Jebat Prank Sis Sheila Rusly.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker