Baka Ayam Ketawa laku keras

Ayam jantan yang berkokok seperti bunyi ketawa manusia menarik perhatian pelanggan dan mewujudkan sumber pendapatan tambahan kepada ramai penternak di wilayah Trang, Thailand, lapor laman berita Thaiger semalam.

Seorang pekerja hospital dan pemilik ladang Pa Kwang di daerah Muang, Kritiwit Eiadnun, 50, ialah antara penternak yang membiakkan ‘ayam ketawa’.

Ayam-ayam itu dikatakan mempunyai suara istimewa kerana selepas berkokok seperti biasa, ia akan mengeluarkan bunyi seakan ketawa manusia.



Kritiwit tertarik untuk membiakkan ayam itu kerana bunyi yang dikeluarkan cenderung membuatkan orang ramai tersenyum, malah turut sama tertawa.

Dia membeli anak ayam itu ketika berusia sebulan pada harga 500 baht (RM66) sepasang.

Pada awalnya, tujuan Kritiwit membeli ayam-ayam itu adalah untuk menghilangkan tekanan kepada anak perempuannya selain mengelakkan kanak-kanak tersebut terlalu asyik bermain telefon  pintar.

Di ladang ternakan miliknya, lebih 300 ekor ayam ketawa berkeliaran dan mematuk makanan pada setiap hari.



Ayam itu mendapat permintaan tinggi dengan lebih 100 ekor anak ayam sudah menetas dan dijual apabila mencapai usia sebulan pada harga 500 baht (RM66) sepasang. Kritiwit kini menjana 1,500 baht (RM199) seminggu sebagai pendapatan tambahan. – Agensi

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookTwitterInstagramYoutube, & TikTok

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kejatuhan nilai ringgit, Menteri Ekonomi buat apa?

Ella Didakwa Buat Simbol Iluminati Sewaktu Konsertnya



“Dah Cerai Lagi Teruk Perangai”- Bekas Menantu Zainal Abidin

Janna Nick seronok Dini suka kemas katil



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker