Harga siling pelitup muka kini RM1.20

Kerajaan hari ini mengumumkan harga siling bagi pelitup muka diturunkan kepada RM1.20 seunit berkuatkuasa 15 Ogos ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi berkata harga siling disemak selepas pengumuman Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk mempertimbang mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam.

Beliau berkata, bekalan untuk pelitup muka juga mencukupi untuk menampung permintaan pengguna.

“Tiada masalah membabitkan isu bekalan. Ia boleh dibeli secara dalam talian,” katanya di Dewan Rakyat.

Mac lalu, kerajaan mengumumkan harga siling baharu bagi pelitup muka pada RM1.50 seunit bermula 1 April.

Sejak akhir-akhir ini, kes Covid-19 meningkat kepada 2 digit dengan 21 kluster baru dikenalpasti, meningkatkan keresahan terhadap wujudnya gelombang kedua seperti yang berlaku di Hong Kong. FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker