Derma Politik: LHDN jangan memilih, wajib kutip cukai pada semua ahli politik

Semalam Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa Datuk Seri Najib Razak perlu membayar tunggakan cukai pendapatan tambahan berjumlah RM1.69 bilion kepada Kerajaan Malaysia. Ia berikutan keputusan mahkamah yang membenarkan permohonan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi mendapatkan penghakiman terus berhubung saman dikemukakan terhadap bekas perdana menteri itu bagi menuntut jumlah tunggakan berkenaan.

Ia bermakna permohonan LHDN yang mahukan Najib membayar tunggakan cukai pendapatan itu tidak perlu dibicarakan di mahkamah walaupun defenden mempunyai merit yang jelas dalam kes tersebut.  Ini kerana mengikut Seksyen 106(3) Akta Cukai Pendapatan, mahkamah tidak boleh memenuhi permohonan Najib untuk mendengar rayuan bagi jumlah tunggakan yang dipertikaikan itu.
Semua sedia maklum selama 22 bulan PH memerintah, mereka berkuasa untuk mendakwa apa sahaja atau membuat pendakwaan terhadap sesiapa sahaja. Ini adalah asas kepada pendakwaan yang di tinggalkan oleh Kerajaan PH dan sehingga kini ianya diteruskan bagi kes yang sedang berjalan melalui proses mahkamah dan sebagainya.

“Di bawah undang-undang cukai Malaysia, seksyen 106 jelas menunjukkan bahawa LHDN ada kuasa untuk mengenakan sebarang cukai tambahan dan penalti ke atas mana-mana orang dan seksyen 106 (3) juga mengatakan bahawa mahkamah tiada kuasa untuk mengurangkan atau membatalkan tuntutan cukai LHDN biarpun tuntutan cukai itu disalah kira, tak adil atau tak patut”

Akta Cukai Pendapatan 1967:
“Section 106 (3): In any proceedings under this section the court shall not entertain any plea that the amount of tax sought to be recovered is excessive, incorrectly assessed, under appeal or incorrectly increased.”

Dalam kes tuntutan cukai RM1.7 bilion yang dikenakan oleh kerajaan PH dahulu sememangnya  jelas membuktikan penyalahgunaan kuasa PH semasa mereka menjadi kerajaan hanya semata – mata untuk melunaskan dendam mereka dengan menganiaya Najib.

Mereka cuba mengambarkan kepada rakyat seolah – olah bekas pendana menteri ini tidak pernah membayar atau mengelak diri selama ini daripada melaksanakan tanggungjawabnya untuk membayar cukai.

Hakikatnya kekarutan jumlah cukai yang dikenakan terhadap Najib adalah berkaitan derma politik yang diterimanya daripada Almarhum King Abdullah bagi menghadapi PRU13 berjumlah RM2.6 billion. Yang mana ianya digunakan untuk kebajikan dan bantuan langsung bagi kerja – kerja CSR politik beliau. Walau bagaimanapun seperti yang sedia maklum sebahagian besarnya dari jumlah berkenaan pun telah dipulangkan kembali kepada Arab Saudi dan perkara ini juga telah direkodkan di mahkamah.

Saya masih ingat pada April tahun lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Seri Sabin Samitah dengan jelas mengatakan bahawa cukai ke atas sumbangan atau pendapatan asing akan dikaji berdasarkan kes sebelum keputusan dibuat kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Agenda Reformasi Percukaian Baharu Malaysia.

Jika merujuk kepada kenyataan tersebut,  jelas menunjukkan bahawa Kerajaan PH mengambil kesempatan dengan untuk mengenakan cukai atas derma berkenaan sebagai pendapatan walhal tiada undang – undang yang memperuntukkannya dan ini membuktikan bahawa ia sememangnya adalah kes terpilih dan sengaja pilih oleh kerajaan PH.

Jesteru itu, pada bulan November tahun ini, jika rayuan yang akan dikemukakan oleh Najib dihadapan Suruhanjaya Khas Cukai Pendapatan gagal, kes Najib Razak akan menjadi precedent bagi segala kemerapuan terpilih ini.

Sehubungan dengan itu, bagi mengekalkan mood dan momentum yang ada adalah dicadangkan agar LHDN wajib memulakan langkah bagi mengenakan cukai kepada semua ahli politik tidak kira samada ahli politik biasa mahupun pimpinan tertinggi terutama sekali bagi bekas perdana menteri yang pernah berkuasa selama 22 tahun buat kali pertama dan 22 bulan buat kali kedua.

Saya mohon mencadang..

 

Yeop Karai

Seorang pesara tentera, pemikir politik & Juara Dam Haji Warong Pak Mat Pulau Tiga Kampung Gajah. Kini pencinta Nasi Kandar sepenuh masa

 

 

Related Articles

One Comment

  1. takpe, kita tunggu & lihat apa keputusan Suruhanjaya Khas Cukai Pendapatan nanti

    ketua LHDN memang GILA & ZALIM(dipengaruhi untuk salah guna kuasa)
    semoga Suruhanjaya Khas Cukai Pendapatan tidak GILA & ZALIM

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker