DBKL selesai isu anjing korek tanah kubur

Share

KUALA LUMPUR – Masalah anjing liar yang berkeliaran dan mengorek tanah kubur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Selayang Lama di sini menimbulkan kebimbangan penduduk setempat.

Selain masalah anjing liar, tanah perkuburan itu turut diceroboh warga asing yang menjadikan kawasan itu sebagai jalan pintas.

Unit Media Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi kenyataan di Facebook rasminya memaklumkan, penduduk telah memaklumkan masalah itu untuk perhatian DBKL.


Kenyataan menyebut, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan bersetuju mengeluarkan peruntukan pembinaan pagar anti panjat melibatkan keluasan tanah 0.16 hektar dengan panjang 635 meter bagi mengatasi masalah itu.

“Projek pembinaan pagar ini telah dimulakan pada 12 Jun lalu selepas mendapat persetujuan semua agensi termasuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) serta kariah Masjid Annas Bin Malik.

“Pembinaan pagar ini mengambil masa sekitar tiga minggu setelah kerja pengukuran semula oleh juruukur tanah dibuat oleh MAIWP,” katanya.


SH

Leave a Reply