COVID-19: Empat kes positif baharu di Kuching, ini lima perkara kenyataan JPBN Sarawak

Sarawak hari ini melaporkan empat kes positif baharu COVID-19 melibatkan daerah Kuching.

Pertambahan empat kes itu menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Sarawak kepada 632 kes setakat ini.

Berikut merupakan lima perkara utama dalam kenyataan media JPBN Sarawak hari ini;

1) Tiga kes aktif positif terbaharu dilaporkan dikesan menerusi saringan pengesanan kontak dalam kluster aktif manakala satu kes dikesan menerusi saringan kendiri.

2) Ketiga-tiga kes melibatkan kontak rapat dengan kluster Pasar Stutong, kluster Sentosa dan kluster syarikat kejuruteraan.

3) Kes positif yang dikesan menerusi saringan kendiri disahkan positif pada 23 Julai 2020 dan perkaitan kes dengan mana-mana kluster atau kes positif COVID-19 lain masih dalam siasatan.

4) Setakat ini terdapat lapan kluster yang masih aktif di Sarawak.

5) Tiada kes sembuh dan discaj dari hospital dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes positif
COVID-19 yang telah sembuh dan discaj kekal sebanyak 556 orang atau 87.97%. Awani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker