5,000 peserta ikuti latihan program ‘Protege RTW’ – Wan Junaidi

 

Seramai 5,000 peserta sedang menjalani latihan di bawah program Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (Protege)-Ready To Work (RTW) untuk membantu meningkatkan potensi kebolehpasaran siswazah menganggur.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata program RTW itu membolehkan peserta diberi tempat latihan selama 8-12 bulan di syarikat yang mengambil bahagian.



Menurutnya, ini termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat-syarikat penerima perolehan kerajaan di bawah arahan Pekeliling Perbendaharaan Perolehan Kerajaan (PP/PK1.2) dan syarikat-syarikat swasta.

“Protege telah dijenamakan semula daripada program asal, Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) pada September 2019.

“Struktur asal program SL1M masih dikekalkan dan ditambah baik dengan pengenalan modul latihan berkaitan asas keusahawanan,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Wan Junaidi berkata program RTW kini diperluas menerusi kerjasama dengan Bank Negara Malaysia dan Financial Industry Collective Outreach (FINCO) melalui Graduate Program 2000.



“Inisiatif ini menyasarkan seramai 2,000 siswazah setahun untuk menjalani latihan penempatan di 120 institusi kewangan mulai Julai 2020,” katanya.

Beliau berkata kementerian pada tahun ini turut melaksanakan program ‘New Gen Entrepreneur Online Bootcamp (N-GENE)’ melalui kerjasama CEDAR SME Bank yang bertujuan meningkatkan potensi kebolehpasaran dan membangunkan kemahiran keusahawanan secara dalam talian dan bimbingan perniagaan selama sembilan bulan.

“Program tersebut menyasarkan penyertaan 2,000 siswazah dan penuntut institusi pengajian tinggi dan latihan kemahiran awam,” katanya.
BERNAMA

Cabaran Tugas Frontliner Teraba Mental & Fizikal, Gadis Tersalah ‘Pegang’ Ketika Buat Swab Test



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker