4 PENIPUAN DAP RAIH UNDI CINA

oleh Lau Chin Kok

Setiap janji atau manifesto adalah antara faktor utama pengundi memilih parti tertentu ketika pilihan raya. Sifir mudah, “kalau saya undi kamu, apa saya dapat”? Nampak macam bunyi rasuah, tetapi itulah realitinya.

Sekarang kita tumpukan pada janji DAP. Apa yang DAP janjikan kepada para pengundi semasa PRU14 lalu sehingga berjaya menjadi Kerajaan?

Ada suara-suara yang mengatakan manifesto PH yang dicanang semasa kempen PRU14 sehingga membawa kemenangan kepada pakatan itu telah dirangka oleh DAP.



Perkara tersebut turut diakui oleh bekas Pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Kamarulazman Habibur Rahman. Ia secara tidak langsung membuktikan DAP mempunyai kuasa besar ‘mengawal’ PH.
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/05/419494/manifesto-pakatan-pembangkang-dirangka-oleh-dap

Persoalannya, mengapa DAP tidak dapat menunaikan janji yang ditaburkan setelah berkuasa menjadi kerajaan?

Adakah manifesto yang DAP rangka itu hanya sekadar untuk menghasut orang Cina demi meraih undi? Adakah DAP sengaja janji bulan dan bintang hanya untuk menipu rakyat?

Mari kita menyelak kembali janji-janji manifesto DAP.



TUTUP KILANG LYNAS, GUAN ENG KATA ITU LOJI NUKLEAR!

Nama-nama gah dalam DAP seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Anthony Loke, M. Kulasegaran, Teresa Kok dan Gobind Singh Deo antara yang telah menandatangani ikrar untuk menutup kilang Lynas.

Rakyat Malaysia khususnya penduduk Kuantan pasti ternginga-ngiang ucapan Guan Eng suatu ketika dahulu yang menyifatkan Lynas sebagai loji nuklear!

Saksikan bagaimana Guan Eng menabur fitnah dan menakut-nakutkan orang ramai semata-mata mahu kuasa :



Tetapi selepas menang PRU14, janji untuk menutup kilang Lynas terus dilupakan. Malah mereka selamba membuat ‘u-turn’!

Isu Lynas: Mana Integriti Politik Pemimpin PH… Keputusan Kerajaan U-Turn

ANTI LANTIKAN POLITIK. TAPI LEPAS MENANG, PENUH ORANG DAP DALAM GLC!



Bukan Lynas sahaja yang dicanang ketika ingin meraih undi rakyat. DAP turut memainkan isu lantikan politik yang kononnya diamalkan oleh BN tidak akan dilakukan jika PH memerintah.

Tetapi, bila PH sudah berkuasa, berapa ramai pemimpin DAP yang mendomonasi jawatan dalam GLC? Adakah itu tidak dikira sebagai lantikan politik?

Ramai pemimpin DAP mendominasi jawatan dalam GLC.

1. Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack, dilantik sebagai Pengerusi Malaysian Timber Industry Board (Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia, MTIB) pada Ogos 2018.



2. Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada November 2018.

3. Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin, dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Labuan Port Authority (Lembaga Pelabuhan Labuan, LPA) pada Februari 2019.

4. Ahli Parlimen Ipoh Timor, Wong Kah Woh, dilantik sebagai Pengerusi Sustainable Energy Development Authority (Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari, SEDA) pada Julai 2019.

5. Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau, dilantik sebagai Pengerusi National Institute of Occupational Safety and Health (Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara, NIOSH) pada Oktober 2019.



6. Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah, dilantik sebagai Pengerusi Port Klang Authority (PKA) (Lembaga Pelabuhan Klang, PKA) pada Mei 2019.

7. Dr John Brian Anthony, yang merupakan Ahli Jawatankuasa CEC DAP dan Ahli Jawatankuasa DAP Sarawak, dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Bintulu Port Authority (Lembaga Pelabuhan Bintulu, BPA) pada November 2018.

8. Jeffrey Chew Gim Eam, yang merupakan mantan Penolong Bendahari DAP Pulau Pinang, dilantik sebagai Pengerusi Penang Port Commission dan Pengerusi Penang Port Commission Teluk Ewa (Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Teluk Ewa, PPC dan PPC Teluk Ewa) pada Mac 2019.

Mengapa DAP ‘tak heboh’ lantikan politik GLC era PH?

Bukan itu sahaja, individu itu dianggap sebagai ‘hero’ dengan gelaran ‘Superman Hew’, turut dilantik menjadi ketua pegawai eksekutif Majlis Perniagaan China-Malaysia (MCBC).
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/01/30/bekas-ahli-dap-kontroversi-dilantik-ceo-majlis-perniagaan-china-malaysia/

ANTI RASUAH. TAPI KES BANGLO GUGUR SEMUA TERKEJUT TERMASUK SPRM!

Janji lain yang ditaburkan oleh DAP dalam manifesto PH ketika PRU14 ialah dengan memberi jaminan pakatan itu akan menjadi gabungan yang ‘bersih dan suci’ tanpa ada unsur rasuah.

Tapi, janji itu makan diri sendiri apabila Guan Eng terpalit dengan isu rasuah membeli banglo mewah?
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kronologi-kes-pembelian-banglo-oleh-ketua-menteri-pulau-pinang-109627

(Untuk makluman : Kes ini digugurkan hanya beberapa bulan PH berkuasa)

Guan Eng juga dikaitkan dengan isu rasuah berhubung Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang yang didedahkan oleh blogger Raja Petra Kamarudin.

DARI FAIL SPRM Siri 10: Maklumat lengkap sogokan RM19 juta untuk menutup siasatan SPRM mengenai Terowong Dasar Laut Pulau Pinang

Jelas DAP menyentuh isu rasuah ketika berkempen kerana sedar itu masa yang terbaik untuk menghasut rakyat membenci BN sekaligus dapat merampas kuasa untuk mentadbir negara.

IKTIRAF UEC. BOLEH KATA SETIAP KALI CERAMAH DEPAN ORANG CINA, INI TAJUK UTAMA DAP!

Akhir sekali, isu yang sering dimainkan oleh DAP ialah untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) jika berjaya menjadi kerajaan.

Tetapi ternyata, walaupun 22 bulan menjadi kerajaan, DAP tidak berjaya melaksanakannya. Dan kini, DAP mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melaksanakannya.
https://www.sinarharian.com.my/article/92696/BERITA/Nasional/Muhyiddin-harus-kota-janji-iktiraf-UEC-DAP

UEC ini sebenarnya sudah diiktiraf sejak tahun 2012 lagi di beberapa tempat, sebelum DAP berkuasa. Malah BN pada kempen PRU14 dulu pun pernah menawarkan janji sama.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/04/30/najib-tarik-pengundi-cina-dengan-janji-iktiraf-uec/

Biarpun membuat janji sama, tetapi BN lebih pragmatik dan meletakkan beberapa syarat yang perlu diteliti sebelum UEC dapat diiktiraf secara meluas termasuk bagi kemasukan ke universiti awam.

Cuma persoalannya, DAP gagal menunaikan janji mereka kepada masyarakat Cina. Kalau difikirkan, disebabkan janji DAP inilah yang menyebabkan ramai masyarakat Cina berpaling tadah daripada menyokong BN. Namun setelah 42 pemimpin DAP berjaya mendapat tempat sebagai Ahli Parlimen, mereka sebaliknya gagal mengotakan janji untuk mengiktiraf UEC ke peringkat yang lebih luas.

Melihat kepada realiti ini, maka sudah tentu masyarakat Cina sudah serik dan tidak lagi mempercayai janji-janji DAP.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker