Youtuber Masakan Sugu Pavithra Dicederakan, Suami Ditahan Polis

IPOH: Suami kepada Youtuber masakan terkenal Sugu Pavithra dikenakan perintah reman selama tiga hari mulai hari ini oleh Mahkamah Majistret di

sini, kerana disyaki mendera isterinya. Perintah reman terhadap lelaki berusia 29 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret, Nabihah Mohd Noor.

Dia yang memakai pakaian berwarna ungu dan digari itu, dibawa dengan van polis ke Mahkamah Majistret, kira-kira jam 10 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan lelaki terbabit.



“Polis masih menyiasat kejadian ini yang kita percaya berlaku kerana masalah dalaman keluarga,” katanya.

Pavithra, 28, menjadi sensasi internet semasa musim perintah kawalan pergerakan (PKP) kerana tampil sederhana ketika berkongsi video masakan,

malah lancar bertutur Bahasa Malaysia.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menghadiahkan pasangan itu tripod, ketuhar gelombang mikro, ketuhar dan barang masakan bagi menggalakkan



rakyat duduk di rumah dan membuat perkara manfaat.

Pasangan terbabit yang sebelum ini tinggal di kawasan estet, berpindah keluar mendiami sebuah kawasan perumahan di sini selepas suaminya itu

berhenti kerja demi membantu isterinya secara sepenuh masa mengendalikan program masakan.

Tangkapan ke atas suspek dilakukan petang semalam di lokasi kejadian mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958



dan Seksyen 326A Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan serta Seksyen 506 akta yang sama atas kesalahan ugutan

jenayah.

Polis mendapatkan tahanan reman ke atas suspek selama tiga hari, bermula hari ini.



Related Articles

One Comment

  1. suami berang lah tu sebab susah nak dapat main semenjak bini bertambah cantik untuk kekal popular apatah lagi asyik keletihan waktu malam kerana banyak kerja waktu siang tak termasuk pihak media itu & ini sibuk nak interview

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker