Selepas seminggu dalam hospital, Amitabh Bachchan ‘update’ perkembangannya

Selepas seminggu pelakon Amitabh Bachchan disahkan dijangkiti Covid-19, keadaan kesihatannya dilaporkan stabil dan terkawal.

Meskipun sedang menerima rawatan di hospital, Amitabh masih mampu berinteraksi bersama peminat menerusi laman sosial.

Menerusi posting terbaharu di Instagram, aktor Bollywood ini mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan peminat.

“Kami menerima cinta kalian… kami mendengar doa kalian dan mengangkat kedua tangan kami dalam rasa syukur dan terima kasih!” tulisnya.



Bersama kapsyen tersebut, Amitabh memuat naik foto bersama Abhishek Bachchan, Aishwarya Rai dan Aaradhya.

Keempat-empat mereka disahkan positif Covid-19 dan kini sedang menerima rawatan di hospital.

Sebelum itu, Amitabh berkongsi foto bersama Abhishek dan menulis kapsyen terharu dengan sokongan serta kata-kata semangat yang diterima daripada peminat.

“Dalam masa bahagia, masa sakit, kalian dekat dan sayang, orang-orang yang mendoakan kami, anda telah memberi kami cinta tanpa henti, perhatian kasih sayang dan doa.



“Kami mengucapkan terima kasih kepada kalian semua… dalam keadaan berada di hospital agak terbatas tetapi kami melihat, membaca dan mendengar suara anda semua. Terima kasih,” katanya.

Pada 11 Julai lalu, Amitabh dan Abhishek Bachchan memaklumkan mereka dijangkiti koronavirus dengan gejala ringan.

Setelah dilakukan ujian terhadap keluarga, Aishwarya dan anaknya Aaradhya turut positif Covid-19.

Manakala anggota keluarga yang lain termasuk Jaya Bachchan, Navya Naveli, Agastya dan Shweta Bachchan Nanda dan 26 pekerja dilaporkan negatif. FMT



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker