Muhyiddin menghadap Sultan Johor

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene di sini.

Ketibaan pemimpin utama negara yang menaiki kenderaan rasmi dirakam di pintu masuk istana itu pada jam 9.30 pagi tadi.

Turut kelihatan memasuki pekarangan istana ialah kenderaan rasmi yang dinaiki barisan pemimpin kerajaan negeri.

Kunjungan itu merupakan kunjungan rasmi kedua Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh ke atas Sultan Johor selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac lepas.

Pada pertemuan pertama 19 Mac lalu, Muhyiddin mempersembahkan perkembangan terkini koronavirus (Covid-19) kepada Sultan Ibrahim.

Muhyiddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir dilihat meninggalkan istana pada jam 10.40 pagi.

Selepas menghadap Sultan Ibrahim, Muhyiddin bersama barisan pemimpin lain dijadualkan menghadiri Sesi Townhall Bersama Penjawat Awam Negeri Johor di Hotel Thistle di sini. – Bernama

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker