Penconteng mural, polis sudah ada petunjuk

POLIS Selangor sudah mempunyai beberapa petunjuk serta sasaran individu dipercayai terbabit dalam insiden menconteng mural barisan pemimpin negara di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam.

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya masih di peringkat siasatan untuk mengenalpasti individu terbabit.

“Ada (perkembangan kes conteng mural). Tapi kita sedang membuat siasatan susulan.

“Kita ada beberapa ‘target’ dan petunjuk. Ada kemungkinan individu berkenaan akan ditahan dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Bangunan SUK Selangor di Shah Alam, hari ini.



Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tular di media sosial pada tengah hari Isnin yang memaparkan dua kelibat wanita dipercayai dalang merosakkan mural berkenaan.

Rakaman video berdurasi dua minit 20 saat itu memaparkan sebuah kereta diparkir di sebelah lorong lukisan mural berkenaan sebelum kelibat dua individu itu muncul melakukan vandalisme.

Susulan vandalisme yang dilakukan terhadap mural pemimpin negara termasuk Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memadam semua mural dengan mengecat semula dinding itu.

Selain Agong, mural berkenaan memaparkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. HM



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker