Pulau Pinang lantik ‘Adun angkat’

DUN Pulau Pinang semalam membahaskan dan meluluskan usul bagi mengisytiharkan pengosongan empat kerusi Adun yang terdiri daripada ahli Bersatu.

Pulau Pinang lantik ‘Adun angkat’

Kerajaan Pulau Pinang akan melantik “Adun angkat” susulan pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya, Sungai Acheh, Bertam dan Teluk Bahang.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata tindakan diambil supaya semua Adun angkat itu menguruskan empat kawasan berkenaan dalam tempoh kekosongan.

“Ekoran pengosongan ini, kerajaan negeri telah mengambil tindakan untuk membolehkan pelantikan Adun angkat yang terdiri daripada beberapa Adun untuk mengurus kawasan berkenaan.

“Tindakan juga diambil supaya rakyat dan pengundi tidak berasa terpinggir serta mendapat pembelaan dan dijaga oleh kerajaan negeri dengan peruntukan yang sama di kawasan masing-masing,” katanya pada persidangan DUN Pulau Pinang.

Beliau menjawab soalan tambahan Lim Guan Eng (PH-Air Putih) berkenaan tindakan kerajaan Pulau Pinang untuk menjaga empat kawasan DUN terlibat.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Lim berkenaan dakwaan ketua pembangkang Parlimen dan Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin bahawa tindakan meluluskan usul mengosongkan kerusi empat Adun adalah penyalahgunaan kuasa, Chow berkata, kenyataan berkenaan adalah penghinaan kepada Mahkamah Persekutuan dan perlembagaan Pulau Pinang.

DUN Pulau Pinang semalam membahaskan dan meluluskan usul bagi mengisytiharkan pengosongan empat kerusi Adun yang terdiri daripada ahli Bersatu iaitu Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya); Zulkfili Ibrahim (Sungai Acheh); Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam) dan Zolkifly Md Lazim (Teluk Bahang).

Semua mereka meninggalkan bangunan DUN kira-kira 1 tengah hari selepas diarahkan berbuat demikian oleh Speaker DUN Law Choo Kiang sebaik sahaja usul itu mendapat sokongan majoriti Adun.

Law turut memaklumkan sesuatu kekosongan luar jangka tidak boleh diisi memandangkan DUN akan terbubar kurang dari dua tahun. FMT

Pulau Pinang lantik ‘Adun angkat’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ceramah Ustaz Wadi Annuar pula dibatalkan di Selangor

Rasa Macam Nak Bagi Penampar, Awie Naik Angin

Tetamu tidak hadir majlis perkahwinan, Pengantin rugi RM121,000

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker