‘Kami Hidup Macam Ni Dah Bertahun, Lebih Baik Kami Berpisah ‘ – Sharnaaz Ahmad

Kisah rumah tangga pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila akhirnya terjawab selepas Nabila memaklumkan mereka sudah sah bercerai secara hakam pada 9 Julai 2020 lalu.

Terbaru, Sharnaaz memuat naik satu video penjelasan buat seluruh masyarakat khususnya rakan media. Menurutnya, mereka telah berpisah secara baik.
Menurut Sharnaaz, perkongsian yang dibuat diharap dapat menjelaskan keadaan yang sekian lama menjadi tanda tanya ramai pihak.

Seperti semua tahu, hari ini dah keluar cerita mengenai saya dan Nabila sudah bercerai. Ya, memang saya dan Nabila telah berpisah. Tetapi, kami tiada masalah dan berkawan secara baik. Kami berpisah pun cara baik. Kami dah bermaafan dan tiada sebarang dendam. Ianya ketentuan Allah.

Tambahnya, sebagai manusia kita hanya mampu merancang dan Allah S.W.T yang tentukan. Namun, dia berjanji akan menjadi bapa yang terbaik buat Jebat. Jelasnya lagi, bekas isterinya, Noor Nabila juga akan menjadi ibu yang terbaik buat anak tunggal mereka. Mereka akan bersama-sama membesarkan Jebat walaupun hubungan di antara mereka bukan suami isteri lagi.

Kami dah hidup macam ni bertahun

Kami dah hidup macam ni pun bertahun. Lebih baik kami berpisah. Yang penting kami tak gaduh. Alhamdulillah, saya dapat pelepasan berjumpa dengan anak saya. Insyallah, saya akan ada sampai bila-bila untuk Jebat sampai saya ke batu dua.

Di akhir perkongsian, Sharnaaz juga menjelaskan bahawa dia masih belum berfikir soal pengganti. Keutamaannya adalah Jebat sahaja. Sharnaaz juga memaklumkan dia tidak akan menjadi baran dan mencari masalah dengan mana-mana individu lagi. Oh Bulan

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker