Hina Jawi: Halau saja mereka keluar dari negara ini

BANGI, 1 Zulhijjah 1441H, Rabu – Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah meluahkan rasa hairan terhadap sesetengah bukan Melayu yang begitu berani mencabar sensitiviti orang Melayu, sedangkan bangsa berkenaan begitu jarang membangkitkan sensitiviti bukan Islam.

Beliau berkata, orang Melayu boleh menerima tulisan Cina dan Tamil yang begitu asing sebelum dan selepas merdeka sehingga ke hari ini.

Bukan sahaja menerima tulisan, malah sekolah-sekolah kaum itu pun dibantu penuh oleh kerajaan, tegasnya.

“Mana ada dunia lain buat macam ini. Peliknya, kenapa sukar sangat untuk menerima tulisan orang Melayu, tulisan Jawi?

“Busuk hati sungguh ultra kiasu ini. Mereka tidak layak berada di sini.

“Sepatutnya mereka yang membangkitkan isu hari babi, menghina Jawi, dan sebagainya dihalau sahaja keluar daripada negara tercinta ini,” katanya dalam satu tulisan di laman Facebook, hari ini.

Prof Ridhuan Tee berkata, amat kurang ajar apabila ada segelintir individu – netizen Cina – yang memperlekeh kempen Hari Jumaat Hari Jawi dengan mempersenda, kononnya mereka juga mahukan ‘Hari Jumaat Hari Makan Babi’.

“Jawapan saya mudah sahaja, silakan kempen hari makan babi, kalau berani. Kalau suka sangat dengan babi, ternaklah babi depan rumah kamu.

“Peliknya, kenapa ternak babi di kawasan berhampiran perkampungan Melayu. Kenapa kamu tidak ternak babi dekat taman perumahan berhampiran rumah kamu. Kurang ajar.

“Pergi buat kajian, ladang-ladang ternakan babi, semua jauh daripada kawasan perumahan mereka, tetapi, berdekatan dengan kawasan Melayu,” katanya.

Dalam pada itu, pendakwah bebas itu menegaskan, sebagai seorang Cina Islam, beliau menghormati hak orang bukan Islam untuk makan apa sahaja yang mereka gemari.

“Tetapi jangan kurang ajar, sehingga lupa sejarah, lupa dan tidak faham sensitiviti kaum Melayu dan sebagainya.

“Jika dahulu, ada orang Cina mahu menjual babi, sorok-sorok sahaja, sekarang jual babi terang-terangan. Orang Melayu tak banyak cakap, terima sahaja. Inilah hebatnya toleransi Melayu.

“Benarlah kata-kata, Melayu terlalu bertolak ansur, sehingga ditolak beransur-ansur,” katanya.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri mengumumkan hari Jumaat sebagai ‘Hari Jawi’, dalam usaha mengekalkan dan memperkasa sebahagian tradisi serta kebudayaan yang membentuk Malaysia.

Bagaimanapun, kebanyakan netizen Cina dengan biadab mengecam usaha Dr Zulkifli itu.

Related Articles

One Comment

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker