Pelukis mural sedih, kecewa

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama pelukis (dari kiri) Muhammad Suhaimi Ali, 27; Abdul Hadi Ramli, 27, dan Muhammad Firdaus yang menghasilkan mural gergasi potretnya di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam.

 

“SAYA terkilan dan sedih dengan kejadian ini,” demikian reaksi pelukis mural gergasi yang memaparkan potret Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama beberapa pemimpin negara di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 di sini apabila hasil karyanya pada dinding kedai di Shah Alam diconteng dengan kata-kata kesat.

Berikut adalah temu bual wartawan Sinar Harian bersama pelukis mural berkenaan, Muhammad Firdaus Nordin, 26, berkenaan kejadian itu

SINAR HARIAN: Boleh ceritakan bagaimana saudara mengetahui mengenai kejadian ini?



MUHAMMAD FIRDAUS: Saya dapat tahu melalui rakan. Mereka hubungi saya beritahu tentang potret ini telah diconteng. Masa dengar cerita itu, saya tak terkata. Kebetulan saya tinggal di kawasan U12 ini, jadi saya terus bergegas ke sini.

Apakah perasaan saudara sebaik sahaja mengetahui tentang kejadian ini?

Sedih, sebab tak sangka ada orang yang sanggup buat macam ini. Ini semua gambar pemimpin negara, kenapa sanggup buat begini.

Berapa lama masa yang diambil untuk menghasilkan potret mural ini?



Kalau nak diikutkan saya dan rakan-rakan lain mula buat sejak sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi, lepas itu masuk fasa PKP jadi tak hari-hari datang. Kalau nak diikutkan sekejap sahaja, tapi dah PKP itu yang jadi lama.

Apakah harapan saudara mengenai kejadian ini?

Saya berharap pelaku ditangkap segera dan dibawa ke muka pengadilan. Saya sedih, tadi (semalam) masa petugas Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) cat balik, memang saya rasa sayu sangat.

“Saya terkilan dan sedih dengan kejadian ini,” demikian reaksi pelukis mural gergasi yang memaparkan potret Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama beberapa pemimpin negara di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 di sini apabila hasil karyanya pada dinding kedai di Shah Alam diconteng dengan kata-kata kesat.



SH

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker