Mahathir Cuba Pengaruhi Mahkamah Dalam Kes Najib Razak?

Share

Tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (Langkawi – Bebas) membangkitkan isu-isu dalam kes perbicaraan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di dalam Dewan Rakyat sebentar tadi adalah satu cubaan mempengaruhi keputusan mahkamah dan masyarakat.

Sejak 24 bulan lepas Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri dan kini bekas Perdana Menteri telah menggunakan pelbagai platform untuk meyakinkan masyarakat bahawa Mohd Najib telah bersalah atas tuduhan-tuduhan yang dikemukakan di Mahkamah.

Dalam prinsip keadilan dan kehakiman demokrasi, sesuatu kes yang telah dibawa ke mahkamah tidak sewajarnya diulas terutama oleh mereka yang berkuasa dan berpengaruh dalam masyarakat. Ia boleh menyebabkan ketidakadilan kepada tertuduh dan menimbulkan prasangka masyarakat mengenai proses keadilan negara.


Sebagai orang yang berpengaruh Dr Mahathir tidak sewajarnya menyalahguna kedudukan beliau bagi memberi tekanan kepada kehakiman. Lebih tidak wajar Dr Mahathir menggunakan kekebalan Parlimen bagi melindungi diriya dan melemparkan kenyataan – kenyataan berat sebelah.

Adalah sukar untuk Mohd Najib mendapat keadilan sekiranya Dr Mahathir berterusan bercakap mengenai kes ini dan cuba mendahului keputusan Hakim nanti.

Berpuluh tahun jadi Perdana Menteri, Dr Mahathir masih tidak boleh menghormati prinsip asas keadilan. Adalah sangat mengecewakan Dr Mahathir menjadi contoh yang tidak baik dalam amalan demokrasi negara ini.


Ab Jalil Backer

Leave a Reply