Lelaki Pakistan didenda adat 8 kerbau, gong kerana hina Kadazandusun

KOTA MARUDU: Seorang warga Pakistan dikenakan hukuman Sogit (denda adat) 8 ekor kerbau dan 8 gong oleh Mahkamah Anak Negeri di sini, hari ini selepas mengaku menghina suku kaum Kadazandusun bulan lalu.

Amir Khan Nawati, 50, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim yang juga Ketua Daerah Kota Marudu, Baintin Adun, Ketua Anak Negeri, Ramli Madina serta beberapa pemimpin suku kaum Kimaragang Tandek.

Penduduk tetap itu didakwa menghina dan sengaja menjatuhkan maruah orang Kadazandusun, Kimaragang dan Cina menerusi satu rakaman suara selama 5 minit yang tersebar di Facebook pada 8 Jun lalu.

Jika gagal membayar Sogit itu, Amir Khan akan didenda RM4,000 atau 16 bulan penjara atau kedua-duanya.



Difahamkan Amir Khan akan melunaskan Sogit itu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker