Kluster baru Covid-19 dikesan di hospital Sarawak

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu kluster baru melibatkan sebuah hospital di Kuching, Sarawak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes pertama kluster itu ialah seorang petugas kesihatan yang mengalami gejala saluran pernafasan pada 13 Julai lalu dan dikesan positif Covid-19 pada 19 Julai.

Katanya, 61 orang disaring setakat 12 tengah hari tadi, dengan 5 daripadanya disahkan positif Covid-19, manakala 56 lagi negatif virus itu.

Manakala 11 kes baru dilaporkan di Sarawak hari ini. 7 kes di Kuching, 2 Samarahan, 1 Bau dan 1 Lundu.

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker