Kerajaan pertimbang gubal akta baru berkaitan dadah

Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan undang-undang baru bagi menggantikan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin berkata, mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Penguatkuasaan Undang-undang hari ini bersetuju dengan cadangan menggubal akta baru dikenali sebagai Akta Penyalahgunaan Dadah dan Bahan 2020.

“Akta baru ini akan meningkatkan keberkesanan dalam menyediakan dan menambah baik akses kepada rawatan serta pemulihan dadah,” katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Hamzah berkata, jawatankuasa itu juga membincangkan pengukuhan pelbagai undang-undang dan langkah penguatkuasaan berkaitan peningkatan bahan psikoaktif, termasuk kratom dan ketum di bawah Akta Racun 1952.



Beliau berkata, 2 jawatankuasa teknikal yang terdiri daripada pegawai pelbagai kementerian akan dibentuk untuk meneliti perkara itu.

Katanya, keputusan Jawatankuasa Bertindak Penguatkuasaan Undang-undang akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah yang dipengerusikan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin. FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker