Cabaran berdebat Mujahid, Azeez Rahim kata OK

Azeez Rahim Sahut Cabaran Debat

Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Azeez Rahim menyahut cabaran debat oleh bekas Menteri Agama Datuk Seri Mujahid Yusof dalam hal berhubung institusi kewangan yang menguruskan dana umat Islam itu.

Azeez ketika dihubungi, bersetuju dengan cabaran debat tersebut yang juga bakal dianjur dan disiarkan secara langsung oleh SuaraTV.

“OK”, katanya ringkas ketika ditanya berkenaan persetujuannya untuk berdebat dengan Mujahid dan penganjuran debat tersebut.

Terdahulu, Mujahid dalam cabarannya terhadap Ahli Parlimen Baling itu berkata, beliau tiada masalah untuk menjemput Abdul Azeez membentangkan segala fakta dan dakwaan dalam perdebatan itu nanti.

Mujahid yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu berkata, lebih-lebih lagi bekas Pengerusi Lembaga TH itu dilihat sering mencelah untuk mempertahankan diri sewaktu ucapan beliau dalam sidang Dewan Rakyat 15 Julai lalu.

“Saya nak berdebat dengan dia ini. Kita bentangkan apa yang didakwa. Dia kata ada fakta, tak apa, dedahkanlah supaya jangan ada beringat-ingat seperti di Parlimen baru-baru ini.

“Kita dedahkan secara aman, damai, bertamadun dan kita serahkan kepada rakyat untuk menilai,” katanya memetic laporan Sinar.

Sebelum ini, dalam perbahasan usul yang menyentuh hal berhubung institusi kewangan yang mengurus dana umat Islam itu, Mujahid mendedahkan Pelan Pemulihan dan Penstrukturan Semula Lembaga TH yang dilakukan PH adalah berdasarkan laporan audit dan dapatan siasatan bebas mengenai kedudukan kewangan TH.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar itu mendedahkan bahawa aset TH lebih rendah daripada tanggungan sejak 2014 berdasarkan hasil dapatan siasatan beberapa badan yang dilantik untuk menyiasat kedudukan kewangan agensi tersebut.

Hal tersebut menarik perhatian Ahli Parlimen Baling, Abdul Azeez yang beberapa kali bangun mencelah meminta penjelasan Mujahid. SuaraTv

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker